Saturday, December 25, 2010

Selamat Hari Jadi

gambar dari cik google


Petang tadi saya berkesemptan menghadiri majlis sambutan hari jadi di rumah mak saudara sebelah suami. Agak istimewa sambutannya kerana ia menggabungkan sambutan hari jadi antara anaknya serta cucu-cucunya. Maka meriah la sambutan pada ptg tadi dengan saudara mara yg datang meraikannya. Majlisnya biasa saja, tiada pun acara memotong kek tetapi hanya bacaan doa selamat dan jamuan ringkas. Juadah yg disediakan pun amat menyelerakan...mee kari, kek blueberry, kuih muih, puding jagung, buah-buahan dan minuman penghilang dahaga. Maaf la saya tak sempat nak snap gambar makanan tersebut, tengah lapar...semua berebut nak ambil makanan..hehehe.

Bercerita mengenai sambutan Hari Jadi, teringat masa zaman kanak-kanak dulu. Saya tak pernah pun buat majlis sambutan hari jadi melainkan bila dah besar ni, dah keje barulah sambut birthday dgn adik-adik. Masa zaman kanak-kanak dulu, kalau ada jiran jemput ke jamuan hari jadi anaknya, punya la rasa seronok sangat. Maklumlah, sudah tentu dpt makan kek birthday yg sedap tu (walaupun sebenarnya bukan la sedap sgt kan!). Kadang2 tuan rumah tu bagi belon..keropok..gula-gula...lagi la seronok rasanya.

Zaman sekarang ni, kebanyakan ibu bapa mesti buat majlis sambutan hari jadi untuk anak-anak kan! Di sekolah pun ramai murid yg membuat majlis sambutan hari jadi dalam kelas. Seronok melihat gelagat anak murid riuh rendah apabila upacara memotong kek dijalankan. Masing-masing berebut nak merasa kek tersebut. Begitu la indahnya zaman kanak-kanak kan! Sentiasa ceria, gembira...tanpa ada masalah.


8 comments:

IMANSHAH said...

Usah kan zaman kecik, zaman tua pun xpernah sambut bufday, walau dah dekat tinggal beberapa hari lagi

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Saya memang tak pernah sambut hari lahir...

fadzilah said...

IMANSHAH..

tak sambut pun takpe...bknnya wajib pun kan!...saya nak wish awal la..hepi besday cikgu iman..:)

fadzilah said...

Abd Razak..

waalaikumussalam..

tak sambut pun takpe kan! kalau sambut pun hanya utk suka2 je.

sekamar rindu said...

salam..

selamat hari jadi buat anak2 dan cucu saudara cikgu Fadzilah..

en_me said...

bila nk dpt anak nih.. ikiki

fadzilah said...

sekamar rindu..

tq sudi singgah sini..

fadzilah said...

en_me...

insyaAllah...doakan moga kami cepat dpt anak.