Assalamualaikum semua..macam mana dengan hari ini..semua sihat ke? Semoga kita semua sihat dan berada dalam rahmat Ilahi.
Cuti persekolahan tinggal 2 minggu saja lagi. Sekejap saja rasanya cuti sekolah sudah tiba di penghujungnya. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yg bersekolah, tentu segala persediaan atau kelengkapan utk ke sekolah telah dibeli. Minggu depan saya akan mula pergi ke sekolah kerana ada jualan buku sekolah bagi sesi persekolahan 2011. Rasanya bermula dari hari isnin 27.12.2010 sampai la ke hari jumaat kami kena pergi sekolah, menyiapkan segala keperluan utk sesi persekolahan yg baru.
Bercerita mengenai cuti sekolah yang berbaki 2 minggu saja lagi, tiba-tiba saya didatangi mood utk menanam pokok bunga. Bukan senang mood ni nak dtg tau! Semuanya bermula apabila saya memotong pokok bunga kertas yg sudah terlalu rimbun. Banyak pula pasu yg terbiar kosong dan saya terfikir alangkah baiknya kalau saya menanam pokok bunga yg lain pula. Maka dengan semangat yg berkobar-kobar, saya dan adik terus pergi ke nurseri pokok bunga. Seronok rasanya melihat bermacam jenis pokok bunga ada di situ. Semalam singgah sekejap rumah mak mertua, banyak sungguh pokok bunga di halamanya, sembang2 dgn dia, terus dia offer nak bagi sikit pokok bunganya utk dibuat semaian. Teruja sungguh mak mertua saya bercerita pasal pokok bunganya.
Anak pokok ni my mother in law yg bagi, tak tau apa nama pokok bunga ni.
ini bukan pokok kucai, tapi pokok bunga tau! bunganya akan berkembang di hujung daunnya.
cantikkan daun pokok keladi ni..
pokok paku pakis....
pokok yg paling saya suka...pokok bunga ros
* pokok bunga ni kena jaga elok-elok, malu la pula kalau mak mertua tanya perkembangan pokok bunga ni. hehehehehe
.jpg)


16 comments:
as salam ziarah..mmg cantik mawar2 tue..tenang je melihatnya huhuhuh
Assalamualaikum...
Mencantikkan kawasan rumah kan!
Saya lak lebih suka tanam buah tomato, dah banyak saya makan hasilnya
menantu kena ler rajin, baru mertua suka
sahromnasrudin..
bunga mawar mmg cantik..sbb tu ramai perempuan suka bunga ini.
Abd Razak..
waalaikumussalam...
betul juga tu, nnt lepas ni saya pun nk tanam pokok tomato la...bleh buat makan buahnya.
Rozita..
hahahaha...betul tu.
Salam
kami 30 hb baru mesyuarat..lama lagi..esok kena jenguk sekolah jap sebab ada keputusan PMR
salam ziarah
kita pon baru je bersemangat
nk tanam pokok bunga... itu
pon sbb mak suro buat terapi
asyik sakit aje... kita tanam
pokok bunga ros gak... ~
imanshah..
sama la...saya pun rasanya 30hb tu ada mesyuarat guru kali pertama.
manje..
TQ manje sbb sudi singgah ziarah blog ini. saya pun baru je mula menanam bunga ni...harap2 takde la hangat2 tahi ayam je..hehehehe
salam..
akan berseri2 la rumah cikgu pas ni...
sejuk je mata memandang..
salam sekamar rindu....
harap2nya gitu la nnt..rumah saya pun biasa2 je.
lama tak jumpa cikgu....lega cuti sekolah dah nak habis
Salam ziarah.
Bunga2 pun perlu pada makan dan mimun secukupnya agar sihat.
Ceria lagi laman rumah tu...
TQ
mamai..
lama juga x jumpa bro mamai..seronok ye cuti sek dh nak abis sbb dah x larat nk layan kerenah anak kan!!!!
AdminP@P...
TQ sudi singgah blog ini..
ya...bunga juga spt kita, perlu disiram dan dibaja..kdg2 kena ckp dengan di juga...hehehhe
Post a Comment