Tuesday, October 6, 2009

sebab wanita lebih cepat nampak tua

Jika ada wanita2 yg baca entri ni jgn lah marah atau rasa tersentap bila baca tajuk tu. Mungkin betul atau mungkin jgk salah. Cuba bandingkan kwn2 kita yg sama umur dgn kita..cuba tgk mana nampak lebih muda..kwn lelaki atau kwn perempuan? Kadang2 ada jugak org lelaki yg nampak lebih tua kan!! Selalunya org suka compare antara si suami dan si isteri. "Eh, suaminya nampak muda la..". Tu sebabnya org2 tua selalu ckp kalau nak pilih suami cari yg tua dari kita..tapi jodoh di tangan Tuhan kan! siapa lah kita nak menidakkan apa yg telah ditakdirkan oleh Allah.
Ada segelintir kaum suami yg mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk..Tapi tahukah anda semua kaum lelaki terutamanya suami sbb2 yg menjadikan para wanita khususnya isteri dan ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1) Tahukah anda jika kita makan dgn perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk...tetapi kasihan dgn kaum ibu ini, terpaksa mkn laju2, telan terus tanpa sempat kunyah kerana nak memujuk anak yg menangis. Ini diakui sendiri oleh sahabatku yg anaknya dah 2 org.. mmg dia mkn tak sempat nak kunyah..telan je. Tapi si suami..layan je sambung mkn, buat2 tak dengar anak menangis..so wanita pun mudah jadi gemuk sbb makanan x sempat nak hadam betul2.

2) Wanita mudah gemuk kerana sifat mereka yg tidak suka membazir. Makanan yg tidak habis dimkn oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya. Sayang katanya...takut membazir. Membazir kan amalan syaitan! Si suami pula dgn riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"

3) Bila anak menangis tgh mlm nak susu, bapaknya akan tido mati terus, kalau yg dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun buat susu. Wanita juga lah yg dlm semalam berpuluh2 kali terpaksa bangun buat susu anak, tukar pampers anak.. Bila tidor tak cukup, mula la muka nampak letih cepat nampak tua. Kedut2 muka pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ke..Natasya ke..Tia Amelia ke..Avon ke..takkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua..yg penting minum air banyak & tidur secukupnya.

4) Bagi wanita yg berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk bantu pendapatan keluarga, bila balik rumah semua dia yg kena buat. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya yg nak itu...nak ini..so, wanita pun membebel, marah2..dan bila marah2, byk leter lagi cepatlah nampak tua.


Kesimpulannya..bagi lelaki2 yg dah berkahwin, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Janganlah bagi isteri anda cepat nampak tua. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawabnya, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti apa yg dilakukannya.

16 comments:

en_me said...

ammvoiii.. cekgu nak kawen ghupernyerr.. ehehe

fadzilah said...

en_me..
nak kawin katanya???? dgn siapa? tak patut betul la en_me ni! calon pun takde...ehehe

entri suka2 je..nak bagi org2 mcm en_me ni info..:))

Abd Razak said...

Salam...

...untuk wanita jauhkan dari stress berlebihan, kena bersenam, kurangkan makanan berlemak, jaga masa tidur & kurangkan gula...insya Allah

mamai said...

rasanya masih di perbetulkan teori tu kot....

1. kalau nak makan dengan tenang takut anak kacau masa makan apa kata beri anak makan dulu. pasrikan time makannya betul.

2. pastikan anak anda makan apa yang perlu di makan dan masak mengikut keperluan bukan ikut selera.

3. susukan anak sebelum tidur, kalau anak menangis juga nak susu maka paksa suami yang buatkan...(pasal anak-anak aku semua susu aku yang buatkan tak susah pun)

4. biasanya isteri yang nak itu dan ini sebab tu mereka berkerja, jalan mudah berhenti kerja dan pastikan tanggungjaawab itu suamai yang lakukan.

5. sebelum kawin or masa bercinta tu jgn tengok yang indah pada pasangan anda cari yang buruknya agar tak merana di kemudian hari...

al-lavendari said...

panjang lebar komen mamai, tapi saya "no komen", nanti tak pasal2 gaduh dgn fadzilah lak.

bagi saya kalau nak bagi orang kata kita nampak muda, senang je petuanya.

bila dia orang tanya berapa umur kita, kita beritahu umur kita dgn campurkan umur kita sekarang dgn 15-20 tahun lagi.

contohnya umur kita 35 tahun, tapi kita kata 55 tahun. mesti dia orang kata "ehh, awak nampak mudalah !"

Rozita said...

sedihnya baca ntri ni..
cu & pak su sebaya tau..uwaaa

Bro_mie said...

wanita melahirkan anak.....abih urat saraf dia rosak, hormon dia pun berkurangan, sebab tu dia nampak lebih tua

kak ida a.z. said...

Tak kisahlah isteri nmpak tua. Cuma basuhilah wajah selalu dgn wudhuk, basahilah dgn airmata pohon keampunan pd Allah, hiasilah dgn bacaan Quran, muhasabah diri dan syukuri nikmatNYA. InsyaAllah walau nmpak tua, keikhlasan tetap menjamin kebahagiaan hati dan seisi keluarga.

✖sLap mE pLz!™✖ said...

pndai2 jew bro_mie neh...
de lak urat saraf rosak..
edera jew la, pastu elok blek..
sbb 2 kne pntang...

pompan neh cpt tua sbb kami2 neh matured awal.. baligh la sng ckp..

**nak mude sokmo,xde la org tua tol x?

fadzilah said...

salam Abd Razak..
betul tu...jika ikut apa yg awk tuliskan tu sure akan sihat dan tak cepat nampak tua kan!

fadzilah said...

al-lavendari..
saya tak kisahlah anda nak komen apa pun..takde la pulak sampai nak gaduh2...:))
setiap org ada pendapat tersendiri kan.. bagus jgk idea tu..lps ni bleh la cakap umur dah 40 an..hahaha

fadzilah said...

Rozita..
jgn sedih2 la cu..
di mata paksu cu tetap maintain ayu dan nampak muda mcm masa bercinta dulu2...hahahah

fadzilah said...

Bro_mie..
ramai juga yg cakap mcm Bro tulis tu..maybe betul kot..
isteri Bro nampak muda ke tua?...hahaha

fadzilah said...

salam kak ida..
komen kak ida sungguh mendalam maksudnya..kecantikan paras rupa mmg tidak kekalkan! yg penting hati perlu selalu baik. Fad selalu teringat apa yg ustazah masa sek dulu selalu ckp, kalau kita jaga hak Allah, insyaAllah hak kita pun akan Allah pelihara.

fadzilah said...

sLap mE pLz..
jgn la marah2 Bro_mie tu..itu pendapat dia..
akak setuju pompuan cepat nmpak tua sbb kita matured awal kan!

fadzilah said...

mamai...
tq bagi komen yg panjang lebar..
awk mmg suami mithali sanggup bangun mlm2 buat susu anak..:))

cuma nak ulas komen awk yg ke-4. Penat mak bapak antar belajar tinggi2..takkan tak kerja pulak. Pada saya wanita perlu ada pendapatan sendiri..kalau terjadi apa2 dlm perkahwinan at least ada duit utk sara hidup..bkn mendoakan yg tidak baik tapi saya rasa perlu berhati2 sbb takut tgk institusi perkahwinan masa kini...kawin n cerai tu perkara biasa je..membuatkan rasa takut nak kawin.