Monday, September 7, 2009

sejarah penulisan dan penyusunan Al-Quran


Zaman Rasulullah SAW.

Sejarah penulisan dan penyusunan dan penyebaran Al-Quran telah bermula dari zaman Rasulullah SAW. Pada zaman ini, penyusunan telah mula dilakukan oleh para sahabat Rasulullah SAW. Baginda menjemput sahabat-sahabat supaya menulis ayat2 Al-Quran pada tulang, pelepah2 tamar, kulit2 binatang dan sebagainya. Rasulullah SAW juga menghafaz ayat2 tersebut dan meminta para sahabat yang lain menghafaz ayat2 Al-Quran.
Sahabat2 yg menjadi penulis wahyu pada masa itu ialah Umar bin Al-Khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Muawiyyah bin Abi Suffian, Zaid bin Thabit dan sebagainya.
Rasulullah SAW melarang para sahabat menulis selain daripada ayat Al_Quran kerana bimbang ia akan bercampur aduk. Walaubagaimanapun pengumpulan Al-Quran di zaman Rasulullah bukan dalam bentuk mashaf seperti di zaman Saidina Uthman bin Affan kerana jika berlaku sebarang kekeliruan, ia dapat diatasi oleh Rasulullah SAW.

Zaman Khulafa Ar-Rasyidin

Apabila Rasulullah SAW wafat, Saidina Abu Bakar telah dilantik menjadi ketua khalifah iaitu pada tahun ke-11 hijrah.
Pada zaman ini berlakunya peperangan Riddah antara tentera Islam dan golongan yg murtad.
Ramai tentera Islam yg hafaz Al-Quran telah terkorban dan ini menimbulkan kebimbangan di hati Saidina Abu Bakar akan hilangnya Al-Quran.
Atas cadangan dan desakan Saidina Umar bin Al-Khattab, Khalifah Abu Bakar mengambil keputusan utk menghimpun Al-Quran. Beliau telah mengarahkan Zaid bin Thabit, Ubay bin Kaab, Ali bin Abi Talib dan Uthman bin Affan supaya menyempurnakan tugas ini.
Khalifah Abu Bakar juga menetapkan bahawa penulisan Al-Quran mestilah berdasarkan sumber tulisan Al-Quran yg terdapat pada Rasulullah dan sumber hafalan para sahabat. Ayat yg ditulis itu disaksikan oleh dua org saksi.
Pengumpulan Al-Quran selesai dilakukan pada thn ke-13 hijrah dan dinamakan mushaf.
Selepas kematian Khalifah Abu Bakar, Mushaf Al-Quran disimpan oleh Khalifah Umar dan kemudian oleh Hafsah.
Al-Quran dikumpul kali ke-3 pada zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan. Ini keran pada masa itu negara Islam telah berkembang luas dan ramai bangsa yg bukan Arab telah memeluk islam. Ini mengakibatkan berlakunya perselisihan faham dari segi bacaan.
Hudhaifah al_yaman telah memberitahu Khalifah Uthman tentang pertelingkahan org2 Syam dan Iraq tentang bacaan Al-Quran dan ini mendorong Khalifah Uthman membentuk satu jawatankuasa pengumpulan Al-Quran yg diketuai oleh Zaid bin Thabit. Beliau telah menyalin semula naskah yg ada pada Hafsah ke dlm lahjah Quraisy.
Jawatankuasa ini telah menyalin beberapa mashaf dan mashaf2 yg lain dibakar bagi mengelakkan kekeliruan. Salinan2 mashaf ini kemudiannya dihantar ke semua wilayah beserta dengan wakil utk mengajarnya seperti ke Makkah, Syam, Bahrin, Yaman, Basrah dan sebuah mashaf ditinggalkan di Madinah sebagai rujukan. Mashaf ini telah dinamakan sbg mashaf Uthmani.
Sejarah ttg pengumpulan Al-Quran ini dapat diketahui dgn jelas jika kita membaca kitab2 Arab spt Tafsir wa Mufassirun..Mabahis fil ulum Quran..dan byk lg. tapi dengan syarat kena tau bahasa Arab la.. :)
Sesungguhnya Al-Quran adalah kitab yg diturunkan oleh Allah dan ia merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW. Apalah ertinya jika kita mengaku sbg org islam tapi tidak membaca Al-Quran. Kdg2 baca novel lagi rajin dr baca Al-Quran..(xde tujukan pada sesiapa pun, sekadar muhasabah diri sendiri). Pastikan setiap hari kita baca Al-Quran walaupun hanya sekadar satu muka surat. Amin..

14 comments:

anak laut said...

salam...cikgu,


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

- moga cikgu dirahmati allah swt selalu...amin

maiyah said...

salam.. sy hanya bergntung ngan Quran, pengubat segala penyakit

mamai said...

bayangkan Al Quran itu di tulis di atas kulit binatang dan pokok kayu...kemudian di susun semula

en_me said...

salam senin cekgu fad ittewww.. thanx for d info

fadzilah said...

salam maiyah..
semoga akak cepat sembuh dgn berkat ayat2 suci Al-Quran..
TQ singgah my blog.

fadzilah said...

en_me..
salam senin jgk buat en_me ittewww..
TQ singgah blog nih..

fadzilah said...

mamai..
TQ bro sbb sudi singgah..
Al-Quran bkn sekadar perhiasan tapi perlu diamalkan.

fadzilah said...

salam anaklaut..
Thanks sudi singgah..
Terima kasih jgk sudi share info yg padat tu..
semoga anaklaut sentiasa hepi2 selalu.

anak laut said...

salam...

cikgu yang dirahmati allah swt..

tazkirah saya tu biasa2 saja.terima kasih sudi singgah..saya sangat rasa terharu..:))

fadzilah said...

anaklaut..
tq singgah..tazkirah tu mengingatkan saya pada kwn lama.. baik cam AL..selalu berpesan2..tapi dia pompuan la..bkn lelaki :)
tapi dah lost contact lps dia berkahwin..

Idalara said...

salam Fadzilah
terimakaish bershare info ini..muga kita semua sentiasa menghayati isi kandungan AlQuran bukan sekadar membacanya sja.AlQuran mukjizat Allah yg terbesar.

SweetSour said...

thanks for ur info..baiknye akak aku nih..hehehe...

fadzilah said...

idalara..
salam akak...TQ sudi singgah..saya setuju ngan apa yg akak tuliskan tu.

fadzilah said...

SweetSour..
salam...lama menyepi..good luck utk exam nanti.