Tuesday, February 21, 2012

Oh Si Manjaku...


Alhamdulillah, hari ini sudah 41 hari Muhammad Danial Syahmi bernafas di bumi Allah ini. Syukur dipanjatkan kepada -Mu Ya Allah kerana memberi saya peluang bergelar seorang ibu. Satu kenangan yang manis walaupun masih terbayang-bayang lagi sakitnya sewaktu bersalin.

Sepatutnya saya dijangkakan melahirkan bayi saya ini pada 15/2/2012, tetapi Tuhan yang menentukan segalanya. Muhammad Danial Syahmi lahir lebih awal dari tarikh tersebut iaitu pada hari Khamis 12/1/2012 jam 7.32 pagi. Syukur saya selamat melahirkan Danial walaupun secara pembedahan. Saya dapat merasakan bagaimana rasa sakitnya seorang ibu utk membawa satu nyawa kedunia ini.

Muhammad Danial Syahmi bin Mohamad Hafidz


Lena diulit mimpi




* Semoga Danial membesar dengan sihat,menjadi anak yang soleh dan menggembirakan hati ibu dan ayah...


Monday, February 20, 2012

Teras Kehidupan


7 Nilai Teras Kehidupan

Jujur

Tanggungjawab

Wawasan

Disiplin

Kerjasama

Adil

Prihatin


Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum...selamat malam kepada pembaca yang sudi singgah di blog ini. Sudah lama saya tak update blog ini, malam ini baru terasa nak keluarkan entri baru.
Hari Raya Aidilfitri semakin hampir tiba, sekolah pun sudah mula bercuti selama seminggu. Bagi yang ingin pulang ke kampung, berhati-hati lah ketika memandu, ingatlah orang-orang tersayang yang menunggu di kampung. Jalan raya bukan tempat untuk berlumba....biar lambat asalkan selamat.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG SUDI MEMBACA BLOG INI...SEHINGGA KITA BERJUMPA LAGI DI LAIN MASA.....

Saturday, June 11, 2011

Genap setahun....


Assalamualaikum....selamat pagi semua.
Pagi ini sungguh damai dan menyegarkan rasanya.
Pagi ni, bangun dari tidur rasa happy sangat sebab hari ni 11 Jun 2011
genap setahun usia perkahwinan saya.
Masih baru lagi kan.. rasa macam baru saja diijabkabulkan hahahaha..
Hari ni juga 11 JUN merupakan ulang tahun kelahiran saya yang ke 30.
Dah semakin tua kan!
Semoga dengan pertambahan usia ini Allah merahmati kehidupan saya,
hidup bahagia bersama keluarga dan menjadi insan yang lebih baik.



Monday, May 23, 2011

Jom kita BBQ...


بسم الله الرحمن الرحيم

Apa khabar? harap anda semua sentiasa dalam rahmat Ilahi. Malam ni sambil saya mengemaskini data Sistem Maklumat Murid, sempat lagi menulis entri di blog. Sekadar berkongsi pengalaman dengan anda semua. Malam sabtu yang lepas, kami mengadakan jamuan BBQ dengan kaum kerabat. Bunyinya macam ramai kan! tapi hanya melibatkan 3 famili saja. Sesekali berkumpul macam ni seronok juga, dapat merapatkan ukhuwah persaudaraan.